Wednesday, July 24, 2013

SKIMA S5

5) Jelaskan maksud untung dan kepentingannya kepada perniagaan

Maksud:
- Pulangan yang diterima hasil dari operasi perniagaan
- Lebihan daripada pendapatan setelah membiayai kos perniagaan.

Kepentingan:
1. Matlamat utama sesebuah organisasi
- Menunjukkan pencapaian/prestasi yang berjaya dicapai

2. Membantu meningkatkan imej organisasi
- Dapat menarik pelabur baru/penambahan modal
- Tingkatkan keyakinan di kalangan pihak luar (pembiaya. Pembekal dll)

3. Membolehkan perniagaan kekal wujud/penakatan
- Keuntungan memastikan kos-kos terlibat (masa kini/masa hadapan) dapat ditampung

4. Membolehkannya bersaing
- Menggunakannya untuk menjalankan strategi-strategi perniagaan

5. Sebagai rizab
- Untuk hadapi risiko-risiko ketidakpastian seperti kemelesetan ekonomi

6. Memperbesarkan perniagaan
 - Membolehkannya menikmati ekonomi bidangan , meningkatkan produktiviti
- Membuka cawangan baru dll.
7. Laksana tanggungjawab sosial
- Beri sumbangan menyediakan infrastruktur soaial pembayaran cukai kepada kerajaan yang membolehkan pembangunan kemudahan awam

SKIMA S4

4) Jelaskan lima sumbangan perniagaan pengeluaran kereta kepada negara Malaysia

Sumbangan syarikat tayar kepada negara Malaysia :

1 Mewujudkan peluang pekerjaan
- Dengan membuka kilang pengeluaran kereta

2 Meningkatkan hasil negara/pendapatan negara/perkembangan ekonomi
- Melalui pembayaran cukai atas keuntungan

3 Memberi kemahiran dan pengalaman kepada masyarakat
- Melalui latihan/teknologi

4 Membangunkan infrastruktur negara
- Menyediakan kemudahan kepada masyarakat seperti pondok menunggu bas, kemudahan beriadah dll

5 Memindahkan teknologi luar ke dalam negara
- Membawa masuk teknologi baru

SKIMA S3


3) Jelaskan secara ringkas kepentingan perniagaan kepada ekonomi negara

1. Mewujudkan peluang perniagaan
- membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan

2. keupayaan menikmati lebih banyak keluaran, taraf hidup penduduk meningkat

- Meningkatkan pendapatan negara
- Cukai keuntungan perniagaan merupakan sumber pendapatan negara
- Digunakan untuk merangka program pembangunan negara

3. Menjamin penggunaan bahan mentah dengan cekap

- Menggalakkan pertumbuhan aktiviti huluan dan hiliran
- Cthnya pertumbuhan aktiviti penanaman kelapa sawit akan menggalakkan pertumbuhan kilang memproses kelapa sawit

4. Menstabilkan harga barang

- Keupayaan menghasilkan pelbagai jenis keluaran kelapa sawit dapat mengelakkan turun naik harga secara drastik
- Ini dapat menurunkan kadar inflasi yang membolehkan ekonomi negara berkembang

5. Mewujudkan petempatan baru

- Pertumbuhan perniagaan di sesebuah kawasan tertentu
- Menggalakkan pemusatan penduduk di kawasan tersebut
- Penghijrahan penduduk dari kawasan yang mundur ke kawasan yang maju.

SKIMA S2

2) Bezakan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan.


Tuesday, July 23, 2013

SKIMA S1

1) Huraikan elemen penting dalam perniagaan.

1. Barangan dan perkhidmatan 
- Barangan ialah produk fizikal seperti roti, kereta, telivisyen dan komputer yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula. 
- Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain lain perniagaan. Syarikat pengangkutan, salon, agen perlancongan adalah merupakan contoh perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan.  

2. Pertukaran nilai 
- Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urus niaga dimana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya samada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
- Urusniaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang. 

3. Keuntungan perniagaan 
- Keuntungan ialah matlamat dalam semua perniagaan.
- Keuntungan diperolehi setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan.
- Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran. 

4. Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna 
- Pengguna mempunyai keperluan semulajadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
- Kehendak pengguna adalah tidak terhad yang merangsang pangguna untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pemasar.
- Untuk memastikan urusniaga berlaku dan keuntungan diperolehi,syarikat perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 


[4 elemen x 1m=4m]

PENGGAL 1: LATIHAN PENGUKUHAN

TAJUK 1: Perniagaan dan Persekitarannya

1) Huraikan elemen penting dalam perniagaan. [4]

2) Berikan perbezaan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan. [6]

3) Jelaskan secara ringkas kepentingan perniagaan kepada ekonomi negara. [5]

4) Jelaskan lima sumbangan perniagaan pengeluaran kereta kepada negara Malaysia. [5]

5) Jelaskan maksud untung dan kepentingannya kepada perniagaan. [13]

6) Jelaskan  faktor-faktor pengeluaran yang perlu ada bagi menjalankan sebuah klinik perubatan. [5]

7) Huraikan kepentingan faktor pengeluaran terhadap sesebuah perniagaan. [15]

8) Huraikan secara ringkas proses perniagaan syarikat pengeluar ais krim. [5]

9) Huraikan proses perniagaan bagi sebuah kilang motosikal. [10]