Tuesday, July 23, 2013

SKIMA S1

1) Huraikan elemen penting dalam perniagaan.

1. Barangan dan perkhidmatan 
- Barangan ialah produk fizikal seperti roti, kereta, telivisyen dan komputer yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula. 
- Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain lain perniagaan. Syarikat pengangkutan, salon, agen perlancongan adalah merupakan contoh perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan.  

2. Pertukaran nilai 
- Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urus niaga dimana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya samada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
- Urusniaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang. 

3. Keuntungan perniagaan 
- Keuntungan ialah matlamat dalam semua perniagaan.
- Keuntungan diperolehi setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan.
- Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran. 

4. Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna 
- Pengguna mempunyai keperluan semulajadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
- Kehendak pengguna adalah tidak terhad yang merangsang pangguna untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pemasar.
- Untuk memastikan urusniaga berlaku dan keuntungan diperolehi,syarikat perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 


[4 elemen x 1m=4m]

No comments:

Post a Comment